Siapa nak masuk matrikulasi angkat tangan ?
Memandangkan aku ni pernah la masuk matrikulasi ni ha dan belum pun habis semester2 ni ..HAHA baru habis UPS2 katakoo (untuk sesi 2016/2017 anda mungkin tiada UPS lagi yang membawa 10% kepada CGPA anda).. nak buat sesi Q&A sendiri lah sikit xD
1.APA ITU MATRIKULASI ?
Matrikulasi ini ada jalan pintas (fast track) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan ia adalah BERASRAMA PENUH tak dapek lah ko nak bebas sangat xD HAHAHA tapi dapat elaun sebanyak RM250/month (ni yang best ni, hehe) ..ini merangkumi beberapa program iaitu:-
>Pogram Satu Tahun (PST) *2semester
Modul 1 (Biologi, Fizik, Kimia, Math)
Modul 2 (Fizik, Kimia, Math, Sains Komputer)
Modul 3 (Biologi, Kimia, Math, Sains Komputer)
Perakaunan (Ekonomi, P.Perakaunan, P.Perniagaan, Math)
>Program Dua Tahun (PDT) *4semester
Modul 1 (Biologi, Fizik, Kimia, Math)
Modul 2 (Fizik, Kimia, Math, Sains Komputer)Modul 3 (Biologi, Kimia, Math, Sains Komputer)
Apa bezanya PST dgn PDT ? takde beza semester je yg beza ..silibus adalah sama untuk PST dan PDT tapi bagi PDT silibus hangpa akan dikurangkan bagi setiap semester ..contohnya PST ada 10BAB untuk satu semester ..PDT hanya ada 5BAB yg lebih tu akan dibawa ke semeter ke-2.
2.SUSAH KE MATRIKULASI ?
Sebelum nak kata susah ke tidak aku nak cakap lah kata hgpa sikit yang aku ni budak Perakaunan ..Matrikulasi ni bagi aku MUDAH kalau hg struggle takde sibuk dok bercinta cintun ..renti lah sat 1tahun jaa ..Akaun ni senang je kot lagi lagi siapa yg dah ada basic akaun kacang jer ,HAHAHA untuk pengetahuan anda setiap sesi pelajar akaun lah yang paling ramai 4flat ..
Pelajar sains mintak ampun aku tak dapat nak jawab senang ke susah sbb aku ni bukan lah budak sains pun T_T ..Ampun ..
Yang penting sekali masuk matrikulasi ni anda mestilah ada kekuatan mental dan fizikal jer ..OK ?
3.MACAM MANA SUASANA DI MATRIKULASI ?
Macam asrama lah tapi lebih longgar peraturannya ..suasana dia lebih kurang je macam universiti tetapi tak berapa nak bebas sangat U KNOW ASRAMA xD
Jadual di matrikulasi juga adalah sangat Pack ..yelah fast track berkorban masa sikit tak boleh ke bukan lama pun setahun je. sangat sangat menjimatkan masa masuk matrikulasi ni selain daripada Asasi/Foundation ..Ayuh masuk matrikulasi
4.BOLEH BELAJAR OVERSEA KE MASUK MATRIKULASI NI ?
Boleh jer tapi dengan ada satu program matrikulasi jugak dimana pihak matrikulasi akan hantar anda belajar ke luar negara lepas balik tu kene berkhidmat sebagai Pensyarah di matrikulasi ..hehe kan best tu balik balik je dapat kerja dah kan ? selain tu hg boleh gunakan sijil matrikulasi ni untuk apply kat universiti tempatan isi UPU lagi xD HAHAHA
____________________________________________________________________
Cukaplah sampai sini dahulu part1 ..part2 akan di update kemudian ni intro baru memandangkan lambat lagi keputusan matrikulasi sesi 2016/2017 nak keluar ..HAHA sebarang soalan mengenai matrikulasi atau Kolej Matrikulasi Selangor boleh tinggalkan kat ruang komen ..jadi nanti boleh lah kot masukkan dalam "Q&A Apa Itu Matrikulasi (PART2)" ..
- 11:26 PTG
- 2 Comments